Klik Paparan Blog Saya

Monday, February 19, 2018

DIPENGHUJUNG KEHIDUPAN

🎇 *DIPENGHUJUNG KEHIDUPAN*🌏🌹🇲🇾

*Bismillahi Amantu billah tawakaltu Alallah*
✍🌹📚
*Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.*
🌹
*Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak. Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita. Kerna hidup ini hanya seketika.*
🌹
*Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.*
🌹
*Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.*
🌹
*Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.*
🌹
*Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik*
🌹
*Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik*
🌹
*Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih. Maaf kan sahaja.*
🌹🌹
*Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain. Kerana kematian itu sangat rapuh.*

*Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.*

*Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian.*
🌹
*Moga kita bertemu di syurga ALLAH*

🌏📚🇲🇾
*Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:*
🌹
*1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...*
🌹
*2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...*
🌹
*3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yang dikongsi bersama...*
🌹
*4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...*
🌹
*5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...*
🌹
*6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...*
🌹
*7. Apabila meninggal  dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...*
🌹
*Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.*
🌹
*Maka.. senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yang fana ini....*
🌹
*Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.*
🌹
*Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.*
🌹
*Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan.*
🌹
  *Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.*
✍🌹
*(Manfaatkanlah masa yang mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)*

🌏📚🗝📖🌹✅

🎇 *NURR KALAMULLAH* 📚🌹🇲🇾

7 Kelebihan Solat Sunat Dhuha


1. Menzahirkan Kesyukuran dan peroleh pahala sedekah

“Manusia mempunyai 360 persendian. Setiapnya memiliki kewajiban bersedekah”

Para sahabat bertanya, “Siapakah yang kuasa bersedekah dengan seluruh persendiannya, wahai Rasulullah..?”

Nabi ﷺ menjawab, “Mengubur bekas ludah di masjid atau menyingkirkan gangguan di jalan.

Apabila kalian tidak mampu melakukan, maka 2 raka’at shalat Dhuha telah mencukupi bagimu..” (Shahih, HR. Ahmad)




2. Orang yang solat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah swt.

“BARANGSIAPA YANG SELALU MENGERJAKAN SOLAT DHUHA NESCAYA AKAN DIAMPUNI DOSA-DOSANYA WALAUPUN SEBANYAK BUIH DI LAUTAN.”

HR Tarmidzi


3. Tercatat sebagai orang taat

“BARANGSIAPA YANG SOLAT DHUHA DUA RAKAAT, MAKA DIA TIDAK DITULIS SEBAGAI ORANG YANG LALAI.

BARANGSIAPA YANG MENGERJAKANNYA SEBANYAK EMPAT RAKAAT, MAKA DIA DITULIS SEBAGAI ORANG YANG AHLI IBADAH.

BARANGSIAPA YG MENGERJAKANNYA ENAM RAKAAT, MAKA DIA DISELAMATKAN DI HARI ITU.

BARANGSIAPA MENGERJAKANNYA LAPAN RAKAAT, MAKA ALLAH SWT TULIS DIA SEBAGAI ORANG YANG TAAT.

BARANGSIAPA YANG MENGERJAKANNYA DUABELAS RAKAAT, MAKA ALLAH AKAN MEMBANGUN KAN SEBUAH RUMAH DI SYURGA UNTUKNYA.”

HR At-Thabrani


4. Allah swt mencukupkan rezekinya.

“WAHAI ANAK ADAM, JANGANLAH ENGKAU MERASA LEMAH DARI EMPAT RAKAAT DALAM MENGAWALI HARIMU, NESCAYA AKU (ALLAH) AKAN MENCUKUPIMU DI AKHIR HARIMU.”


5. Benteng Siksa Api Neraka
“Barangsiapa melakukan solat fajar, kemudian ia tetap duduk di tempat solatnya sambil berdzikir hingga matahari terbit dan kemudian ia melaksanakan solat dhuha sebanyak dua rakaat, nescaya Allah . akan mengharamkan api neraka untuk menyentuh atau membakar tubuhnya.” (H.R. Al-Baihaqi)

6. Pahala Mengerjakan Dhuha Setara Dengan Pahala mengerjakan umrah dan haji

“Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna.”

(Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)


7. Memperolehi Keuntungan Yang Besar

Memperolehi keuntungan yang besar, berdasarkan hadis Rasulullah ﷺ yang berikut:

“Dari Abdullah bin Amr bin Ash ia berkata, Rasulullah ﷺ mengirim pasukan perang. Lalu, pasukan itu mendapat harta rampasan perang yang banyak dan cepat kembali (dari medan perang). Orang-orang pun (ramai) memperbincangkan cepat selesainya perang, banyaknya harta rampasan, dan cepat kembalinya mereka. Maka, Rasulullah ﷺ. bersabda, ‘Maukah aku tunjukan kepada kalian sesuatu yang lebih cepat dari selesai perangnya, lebih banyak (memperoleh) harta rampasan, dan cepatnya kembali (dari medan perang)? (Yaitu) orang yang berwudhu kemudian menuju masjid untuk mengerjakan solat sunat dhuha. Dialah yang lebih cepat selesai perangnya, lebih banyak (memperoleh) harta rampasan, dan lebih cepat kembalinya.’” (H.R. Ahmad)


Banyak lagi kelebihan Solat Sunat Dhuha, yang penting kita kenalah selalu istiqomah. InshaAllah dapat ganjaran yang terbaik di sisi Allah