Klik Paparan Blog Saya

Monday, March 8, 2010

Dasar Perundangan Islam

Kajian ke atas sumber kedua “Hadith Nabi”
Taarif Sunnah:
Dari segi bahasa membawa dua definisi:
1) Suatu kebiasaan atau tradisi bagi seseorang, kelompok atau masyarakat.
Tidak ada perbezaan samada kebiasaan yang baik atau yang buruk. Penggunaan as-Sunnah sebagai kebiasaan dapat dilihat dalam firman Allah s.w.t, yang bermaksud:

“Kebiasaan mereka yang telah kami utuskan sebelum daripada kamu, dan kamu tidak akan dapati bagi kebiasaan kami apa-apa perubahan”
(Al-Israk ayat 77)

2) Suatu bentuk tingkah laku.
Rasulullah s.a.w. pernah menggunakan as-Sunnah dalam erti kata seperti di atas. Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesiapa yang tidak suka kepada bentuk tingkah- laku aku (Sunnati) maka dia bukan daripada golonganku”

As – Sunnah dari segi istilah:

Segala yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. samada berupa kata – kata, perbuatan mahupun iqrar (pengakuan).


Pembahagian Sunnah:

1) Kata- kata Rasulullah s.a.w.

Contohnya:” Sesungguhnya perbuatan itu terletak pada niatnya”

2) Perbuatan Rasulullah s.a.w.
Contohnya: Sabda baginda maksudnya “ Sembahyanglah sepertimana kamu melihat saya sembahyang. Lalu baginda menunjukkan cara – cara mengerjakan solat.

3) Pengakuan Rasulullah s.a.w.

Sikap baginda yang tidak mengingkari kata – kata atau perbuatan sahabat. Contohnya, baginda tidak melarang Khalid bin al- Walid memakan Dhob. Ini bermakna Dhob adalah halal untuk dimakan. Pengakuan baginda berlaku dalam dua bentuk:

a) Apabila mana - mana sahabat berkata atau melakukan sesuatu di hadapannya baginda akan menerimanya dengan baik tanpa menunjukkan sebarang reaksi.

b) Apabila baginda menerima berita bahawa salah seorang sahabat melakukan sesuatu atau berkata pada waktu ketiadaannya maka baginda tidak mengingkari perbuatan atau perkataan itu. Sikap Rasulullah s.a.w. seperti ini dianggap sebaai menerima tindak tanduk sahabat tadi sebagai sah dan betul.


Kedudukan Sunnah dan hubungan dengan Al-Quran:

As-Sunnah merupakan sumber hukum yang kedua. Ia merupakan wahyu daripada Allah. Walau bagaimanapun terdapat perbezaan antara Al-Quran dan As-Sunnah. Perbezaan itu dapat dilihat sebagai berikut:

a) Pengertian dan isi As-Sunnah datangnya daripada Allah. Manakala lafaz dan bahasanya datang daripada Rasulullah. Ini berbeza dengan Al-Quran di mana semua aspek yang disebutkan di atas tadi hanyalah milik Allah s.w.t.

b) Al-Quran diturunkan secara mutawatir. Lafaz dan isinya tidak akan berubah sehinggalah hari qiamat. Manakala As-Sunnah terbahagi kepada dua bahagian iaitu Mutawatir dan Ahad. Sabahagian besar As- Sunnah adalah Ahad.

As-Sunnah wajib ditaati. Sesiapa yang ingkar akan dikira sebagai kafir. Ini jelas dalam firman Allah s.w.t. yang bermaksud “ Apa yang dibawa oleh Rasul kepada kamu hendaklah kamu terima dan apa yang dilarangnya hendaklah kamu hentikan”.


Ijma’

Taarif Ijma’:
Dari segi bahasa adalah, ijma’ memounyai dua pengertian. Pertamanya bermakna keazaman. Dalilnya ialah sepertimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud “ …dan bulatkan keazaman kamu…” (Surah yunus, 71 )
Keduanya, ia bermakna kata sepakat.
Dari segi istilah, ijma’ ialah kata sepakat para mujtahid dari kalangan umat Muhammad s.a.w. selepas kewafatan baginda di dalam satu – satu zaman di atas satu – satu hukum syara’.

Pembahagian Ijma’:
Ijma’ terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
a) Ijma’ Sarih : Kata sepakat para mujtahid secara terang – terangan terhadap satu – satu hukum syara’ di dalam satu-satu masalah yang dating kepada mereka. Bahagian ijma’ ini menjadi hujjah qat’I menurut pandangan jumhur fuqaha’.

b) Ijma’ Sukuti: ijma’ secara diam. Ia terjadi apabila seorang mujtahid menjelaskan pendapatnya mengenai suatu kes dan terdapat sebahagian daripada mujtahid bersetuju dengan pendapatnya itu dan sebahagian yang lain hanya berdiam diri tanpa menunjukkan sebarang reaksi. Para ulama tidak sependapat mengenainya. Terdapat empat pendapat ulama dalam hal ini:

- Pendapat yang mengatakan ya, ianya satu ijma’ yang boleh menentukan hokum tanpa ragu-ragu.
- Pendapat yang mengatakan ya, tetapi hanya menentukan hukum secara berat sangka (zanni)
- Pendapat yang mengatakan ianya satu sandaran hukum yang boleh diterima tetapi tidak bertaraf ijma’.
- Pendapat yang mengatakan ianya bukan ijma’ tetapi boleh dipegang sebagai dalil.



Rukun Ijma’:

1. Tidak cukup ijma’ dikeluarkan oleh seorang mujtahid apabila keberadaanya hanya seorang (mujtahid) saja di suatu masa. Karena ‘kesepakatan’ dilakukan lebih dari satu orang, pendapatnya disepakati antara satu dengan yang lain.

2. Adanya kesepakatan sesama para mujtahid atas hukum syara’ dalam suatu masalah, dengan melihat negeri, jenis dan kelompok mereka. Andai yang disepakati atas hukum syara’ hanya para mujtahid haramain, para mujtahid Irak saja, Hijaz saja, mujtahid ahlu Sunnah, Mujtahid ahli Syiah, maka secara syara’ kesepakatan khusus ini tidak disebut Ijma’. Karena ijma’ tidak terbentuk kecuali dengan kesepakatan umum dari seluruh mujtahid di dunia Islam dalam suatu masa.


3. Hendaknya kesepakatan mereka dimulai setiap pendapat salah seorang mereka dengan pendapat yang jelas apakah dengan dalam bentuk perkataan, fatwa atau perbuatan.

4. Kesepakatan itu terwujudkan atas hukum kepada semua para mujtahid. Jika sebagian besar mereka sepakat maka tidak membatalkan kespekatan yang ‘banyak’ secara ijma’ sekalipun jumlah yang berbeda sedikit dan jumlah yang sepakat lebih banyak maka tidak menjadikan kesepakatan yang banyak itu hujjah syar’i yang pasti dan mengikat.


(sekadar tambahan)
- Pendapat yang mengatakan ya, ianya satu ijma’ yang boleh menentukan hokum tanpa ragu-ragu.
- Pendapat yang mengatakan ya, tetapi hanya menentukan hukum secara berat sangka (zanni)
- Pendapat yang mengatakan ianya satu sandaran hukum yang boleh diterima tetapi tidak bertaraf ijma’.
- Pendapat yang mengatakan ianya bukan ijma’ tetapi boleh dipegang sebagai dalil.




Penghujahan Ijma’:

Apabila rukun ijma’ yang empat hal di atas telah terpenuhi dengan menghitung seluruh permasalahan hukum pasca kematian Nabi Saw dari seluruh mujtahid kaum muslimin walau dengan perbedaan negeri, jenis dan kelompok mereka yang diketahui hukumnya. Perihal ini, nampak setiap mujtahid mengemukakan pendapat hukumnya dengan jelas baik dengan perkataan maupun perbuatan baik secara kolompok maupun individu.
Selanjutnya mereka mensepakati masalah hukum tersebut, kemudian hukum itu disepakati menjadi aturan syar’i yang wajib diikuti dan tidak mungkin menghindarinya. Lebih lanjut, para mujtahid tidak boleh menjadikan hukum masalah ini (yang sudah disepakati) garapan ijtihad, karena hukumnya sudah ditetapkan secara ijma’ dengan hukum syar’i yang qath’i dan tidak dapat dihapus (dinasakh).[
Pendapat atau fatwa sahabat terbahagi kepada dua kategori iaitu;
a) Pendapat yang dipersetujui bersama di kalangan seluruh sahabat. Pendapat seperti ini disebut sabagai Ijma’ yang bererti sebulat suara. Ianya diterima oleh semua fuqaha’ kecuali dari golongan Khawarij dan Syiah sebagai hujah sumber hukum yang ketiga selepas al-Quran dan As-Sunnah
b) Pendapat-pendapat atau fatwa -fatwa yang tidak mencapai tahap Ijma’ tetapi sebaliknya berbeza antara satu sahabat dengan sahabat yang lain. Pendapat seperti ini tidak dikira sebagai sumber hukum yang tetap. Dengan erti setiap orang boleh memilih mana satu yang dia suka tetapi tidak boleh membelakangkan semua yang lain.







Qias
Taarif Qias:

Qias ialah mengembalikan furu3 (cabang) kepada usul dengan sebab illah (sebab) yang sama.
Mengembalikan bermaksud menyamakan keduanya yang diqias kepada yang usul (yang kena qias) pada hukum. Jika hukum usul haram maka hukum yang diqiaskan juga haram seperi diqiaskan beras dengan gandum di dalam hukum riba kerana illah (sebab) yang sama iaitu makanan. Walapun di dalam hadis Nabi SAW menyebut gandum tetapi kerana illah beras iaitu makanan seperti gandum maka hukumnya sama.
Adapun pandangan yang mengatakan tidak boleh qias di dalam ibadah hanya perlu berpegang dengan al-Quran dan al-hadis sahaja maka pandangan ini jauh menyimpang daripada Al-Quran dan Al-Hadis kerana firman Allah :
فاعتبروا
Maksudnya : iktibar oleh kamu.
Maksud iktibar itu ialah mengqias sesuatu dengan sesuatu. Nabi SAW sendiri menggunakan qias yang banyak sehingga an-Nasih al-hanbali telah menysun satu kitab yang kecil mengumpul semua qias Rasulullah SAW seperti mengqias mengucup isteri kepada berkumur-kumur di dalam masalah tidak membatalkan puasa.
Syarat qias mesti sabit dengan al-Quran atau al-Hadis atau ijmak.

Rukun Qias:
Qiyas ialah menetapkan hukum sesuatu yang tertentu, pada masa yang lain kerana persamaan kedua-duanya dari segi 'illah.
Rukun Qiyas ada empat, iaitu:
•Sesuatu yang tertentu / telah tertentu (asal)
•hukum sesuatu yang telah tertentu.
•I'llah
•sesuatu yang lain (far')


Dalil Penghujahan Qias:

Di antara dalil-dalil mengenai sumber ini ialah :
•"Maka ambillah (kejadian itu) untuk pelajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan"-maksud Al-Hasyr :2

•perbuatan Rasulullah S.A.W. dengan hutang kepada manusia.

Pembahagian Qias:

Ada dua bahagian Qiyas, iaitu :
•Qiyas Jaliy (yang amat ketara)
•Qiyas Khafiy (yang tersembunyi)
Jenis-jenis Qiyas
Qiyas ada tiga jenis, iaitu:
•Qiyas Aula (utama)
•Qiyas Musawi ( yang amat ketara)
•Qiyas Adna (rendah)






Ijma’ Ahli Madinah

 Ijma`ahli Madinah, ialah ijma` yang dilakukan oleh ulama-ulama Madinah. Ijma` ahli Madinah merupakan salah satu sumber hukum Islam menurut Madzhab Maliki, tetapi Madzhab Syafi`i tidak mengakuinya sebagai salah satu sumber hukum Islam.

Apakah Yang Boleh Dianggap Sebagai Hujjah?
 Ulamak berbeza pendapat dalam menyatakan kehujahan berdasarkan amal ahli madinah. Golongan yang pertama mengambil amal ahli madinah sebagai sumber hukum antaranya iaitu imam Malik r.a, sementara golongan yang kedua menolak Amal ahli Madinah sebagai hujjah syara' . Imam Syafi'I tidak mengakui amal ahli Madinah sebagai sumber hukum kerana mereka juga sama dengan manusia tempat lain.

Imam Malik berpendapat bahawa Madinah ialah Darul Hirah yang mana Al-Qur'an diturunkan, Nabi Muhammad saw dan sahabat hidup di Madinah, penduduk madinah lebih mengetahui tentang sebab-sebab penurunan Al-qur'an, inilah keistimewaan penduduk Madinah, maka dengan sebab ini amal ahli madinah di dahulukan daripada qiyas dan khabar ahad.

Sesungguhnya hadis tentang keutamaan penduduk Madinah dari yang lain tidak menafikan keutamaan yang lain dan tidak berarti ijma' khusus bagi penduduk Madinah tetapi juga terbuka bagi untuk mereka yang lain.

Penyaksian mereka terhadap wahyu tidak menunjukkan bahawa ahli ilmu hanya terbatas kepada penduduk Madinah, melainkan juga terdapat di kota atau Negara lain. Sesungguhnya amal ahli Madinah yang berasal dari ijtihad antara penduduk Madinah yang lainnya sama kedudukannya, tetap tidak boleh di jadikan hujjah. Hadis Rasulullah tidak hanya di dengar oleh penduduk Madinah karena kemungkinan orang yang mendengar itu berasal dari penduduk lain dan tidak menetap di Madinah ataupun dia hanya mendengar dari penduduk Madinah kemudian dia pergi ke Negara lain, sehingga muncullah suatu perkara, mereka tidak mampu memberikan pendapat sesuai hadis yang di dengarnya.

No comments:

Post a Comment