๐ *DIPENGHUJUNG KEHIDUPAN*๐๐น๐ฒ๐พ
*Bismillahi Amantu billah tawakaltu Alallah*
โ๐น๐
*Hidup ini tinggal sisa dan saki baki yang kita tidak tahu bila ia akan berakhir. Oleh itu jadilah kita orang yang paling bahagia dan membahagiakan. Orang yang ceria dan menceriakan.*
๐น
*Jadilah ibu yang menjadi kedamaian pada anak-anak. Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang memberi kebahagiaan, keceriaan dan manfaat pada suami kita. Kerna hidup ini hanya seketika.*
๐น
*Siapa duga dan sangka saat kudrat dengan kesihatan yang baik tiba-tiba kematian datang menimpa tanpa di sangka.*
๐น
*Pengajaran untuk kita betapa rapuhnya hidup kita. Kematian itu tidak mengira masa dan usia. Muda mahupun tua.*
๐น
*Jangan bertangguh untuk menjadi anak yang baik.*
๐น
*Jangan bertangguh untuk menjadi isteri yang baik*
๐น
*Jangan bertangguh untuk menjadi suami yang baik*
๐น
*Kadang-kadang kita terasa hati, kecewa, sakit hati, sedih. Maaf kan sahaja.*
๐น๐น
*Jadilah orang yang memberi manfaat pada orang lain. Kerana kematian itu sangat rapuh.*
*Jadilah orang yang bahagia dan membahagiakan.*
*Kita tidak tahu bila tiba masa kita mengadap Allah. Orang yang kita sayang pasti kita akan tinggalkan. Dan perpisahan itu adalah dengan sebuah kematian.*
๐น
*Moga kita bertemu di syurga ALLAH*
๐๐๐ฒ๐พ
*Fahamilah 7 perkara dalam hidup kamu:*
๐น
*1. Apabila meninggal dunia ayah kamu , maka matilah pimpinan dan nasihatnya...*
๐น
*2. Apabila meninggal dunia ibu kamu, maka terpadamlah cahaya kelembutan belaian dan tunjuk ajar nya...*
๐น
*3. Apabila meninggal dunia abang kamu, maka longlailah cita2 yang dikongsi bersama...*
๐น
*4. Apabila meninggal dunia kakak kamu, maka hilanglah senyuman kasihnya...*
๐น
*5. Apabila meninggal dunia adik2 kamu, maka hilanglah tempat tumpang kasih, nakal, gurauan dan keceriaanya...*
๐น
*6. Apabila meninggal dunia pasangan kamu, maka pudarlah perkongsian harapan, perasaan dan keceriaannya...*
๐น
*7. Apabila meninggal dunia sahabat kamu maka pudarlah sinar nasihat dan doa tulus dari bersih hatinya...*
๐น
*Ketahuilah.... hidup ini sangat singkat utk kedengkian, kemarahan, kebencian dan memutuskan hubungan kerana ESOK semuanya hanya tinggal kenangan.*
๐น
*Maka.. senyumlah, berlapang dadalah, maafkanlah sesiapa yang menyakitkan kamu lantaran kita tidak tahu.... bila kita akan berangkat ' meninggalkan' dunia yang fana ini....*
๐น
*Andai kamu melihat kanak-kanak yang sedang bermain, itulah masa silam kita.*
๐น
*Andai kamu melihat orang tua yang berjalan menggunakan seluruh kudrat kerana tidak larat. Maka, itulah masa depan kita.*
๐น
*Andai kamu melihat pula jenazah yang sedang diusung ke tanah perkuburan.*
๐น
*Maka, ingatlah itulah nanti pengakhiran hidup kita didunia ini.*
โ๐น
*(Manfaatkanlah masa yang mulia ini...sebelum kesempatan berlalu pergi....)*
๐๐๐๐๐นโ
๐ *NURR KALAMULLAH* ๐๐น๐ฒ๐พ
No comments:
Post a Comment