6 Pesanan Imam al-Ghazali
Mari kita renung-renungkan 6 pesanan Imam al-Ghazali ini..
1. Apabila berjumpa kanak-kanak, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak-kanak belum dibebani dosa.
2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga
lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia kerana
mereka berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan
mengetahuinya.
5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap
kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada
masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan
kita.
6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.
jika kita amalkan perkara ini,tiada kita bersikap perasangka buruk,benci,dan dengki..
No comments:
Post a Comment