Klik Paparan Blog Saya

Sunday, January 31, 2010

BAGAIMANA KOMPUTER BERFUNGSI


Sesebuah komputer berfungsi mengikut konsep logik. Pemprosesan yang dilakukan di dalam komputer adalah berasaskan sistem nombor perduaan atau "binary digits" Sistem logik ini terdiri dari beribu-ribu simbol membentuk logik Simbol membentukkan logik adalah seperti berikut;.

AWD CODE

ORE

Apa yang ada dalam microprosesor ialah gabungan ribuan logik-logik diatas. (penjelasan lanjut mengenai konsep logik ini bolehlah di cari pada buku-buku rujukkan atau bertanya terus kepada pakar mengenai kompute)

RAM/ROM

RAM

RAM atau Random Access Memory berfungsi menyimpan data atau program yang ditulis oleh kita secara sementara sahaja dan ianya tidak kekal dan boleh di padam. Biasanya data yang mustahak akan disimpan terus dalam cekera liat atau cekera liut. Apa yang disimpam didalam RAM boleh dibaca di ubah suai dipadam atau disimpan dalam storan. Biasanya RAM yang kecil akan melambatkan pemprosesan berbeza dengan RAM yang besar yang menjadikan kerja pemprosesan yang lebih pantas dan cepat

ROM

Rom atau Read Only Memory berfungsi menyimpan maklumat-maklumat mengenai sistem komputer itu sendiri yang perlu dirujuk oleh CPU komputer anda pada setiap kali anda ON komputer anda. ROM hanya boleh dibaca tampa boleh di padam atau diubahsuai kerana ianya memang sudah di buat di kilang dan kekal dalam komputer anda sepanjang hayat komputer itu sendiri. Ianya berfungsi sepanjang masa dengan menggunakan baterinya tersendiri. Kehabisan atau kerosakkan baterinya mengakibatkan ROM tidak berfungsi dan sekali gus menjejaskan pengoperasian komputer anda .

BASE SYSTEM

Base sistem mempunyai rangkaian pin-pin di bahagian luarnya membentuk seperti kaki-kaki yang pada setiap kakinya mempunyai tugasan yang tersendiri terdapat 38 pin yang berfunsi iaitu

i) 2 pin untuk power
ii) 16 pin untuk data
iii) 16 pin untuk address
v) selebihnya untuk lain

BIT/BYTES

Muatan data-data dalam sistem komputer dikira menurut sistem bit/bytes Bit /Bytes ialah kobinasi sistem nombor yang tersusun mengikut angka perpuluhan dimana setiap susunan 8 bit menjadikan 1 bytes dimana setiap 1 bytes akan mewakili 1 aksara dan setiap 2 bytes akan menjadikan 1 word atau perkataan. Ini juga bermakna setiap perkataan mempunyai 16 bit atau 2 bytes sifirnya seperti dibawah seperti di bawah

8 bit = 1 bytes
1 bytes - mewakili 1 aksara
2 bytes - 1 word/perkataan
1 perkataan mempunyai 16 bit
lebih besar data bas lebih cepat kerja pemprosesan data

Setiap nilai 1 dan 0 dipanggil bit dan kombinasi dari 8 bit inilah menjadikan I byte yang mewakili 1 aksara (huruf abjad, angka atau simbol.) . Untuk menhantar dan mentafsir maklumat dengan lebih berkesan, 2 bytes disatukan untuk membentuk satu perkataan (Word).

Jika di tulis susunan bit seperti berikut;

Dicemal digit
0
1 00 - 99
2 000 - 999
3
4 10 - 1 = 100 = 1 = 99
5
6
7
8
9 - 10 - 1 = 10 - 1 = 9




Ini bermakna setiap 1 bit terdapat dua pilihan

1bit (ada 2 pilihan) 0 1

Jika 2 bit terdapat 4 pilihan

2 bit (ada 4 pilihan) 00 01 10 11

jika 4 bit (ada 15 pilihan) 0000 - 0 0000 - 1 1 1 1 1111 - 15 2 - 6 = 16 - 1 = 15 dan jika 8 bit terdapar 255 pilihan 00000000 00000000 1 1 2 - 1 = 255

Ini bermakna jika lebih besar data bas lebih cepat kerja pemprosesan data dapat dijalankan oleh sesebuah komputer.

UKURAN DIDALAM BYTES 1 kilobyte = 1024 bytes 1 mengabyte = 1048576 bytes 1 Gigabyte = 1073741824 bytes

Sesebuah komputer terbahagi kepada tiga komponen utama iaitu. dan beberapa kompenen tambahan

1) MONITOR 2) CPU 3) KEY BORD kompenan tambahan 4) MOUSE (satu keperluan sejak windows di perkenalkan) 5. DISK DRIVE 6. CD ROM 7. MODEM (keperluan untuk melayari internet)

TUGAS-TUGAS 1) MONITOR/SKRIN Tugas monitor ialah mempamerkan imej pada skrin setelah mendapat isyarat dari CPU.

2) CPU (Center Prosesing Unit) CPU Atau unit memproses data pula bertugas sebagai pemproses data setelah mendapat arahan dari Key Bord lalu dihantar ke pada monitor untuk di pamerkan di atas skrin.

3) KEY BORD Key Bord bertindak seperti mesin taib biasa dengan mempunyai tambahan kekunci istemewa. Apa sahaja yang ditekan di key bord akan tertera pada skrin monitor komputer.

MOUSE Mouse atau tetikus adalah salah satu kompenen yang mustahak terutama jika anda mengunakan pengoperasian Windows kerana boleh dikatakan keseluruhan arahan komputer bergantung kepada mouse Ketiadaan mouse atau mouse yang tidak berfungsi mengakibatkan kerja kerja anda tergantung kerana kebanyakan program telah diselarikan dengan arahan mouse.

DISK DRIVE

Setiap komputer dilengkapi dengan Disk Drive (Pemacu Cereka) Pemacu cereka liat/liut (Disk Drive terletak pada CPU Di dalam sistem komputer biasanya terdapat 3 disk drive iaitu:

1) Drive Disk A (kebiasaanya dibahagian atas/kiri CPU) 2) Drive Disk B (Kebiasaan dibahagian bawah/kanan CPU 3) Drive Disk C (ataupun dipanggil Hard Disk) selalunya terletak di dalam CPU tidak kelihatan.

CD ROM

CD ROM adalah merupakan satu keperluan jika anda mahukan keadaan atau persekitaran yang selesa semasa bekerja dengan komputer anda. Sesetengah orang munkin mengangap ianya hanya untuk mendengar muzik dan menonton movie tetapi hakikat sebenarnya ianya mengjankau tugas lebih besar dari itu kerana kebanyakan program Aplikasi sekarang perlu di install dengan mengunakan CD ROM. Ketiadaan CD ROM mengakibatkan anda tidak boleh memasukan (install) program terbaru atau men upgred (memperbaharui) program aplikasi yang sedia ada. Tetapi sesuai dengan namanya CD ROM ianya hanya boleh membuat kerja kerja membaca sahaja (Read Only Memorie).

Walaubagaimanapun teknologi terkini telah mengeluarkan CD WRITE yang membolehkan anda membaca dan menyimpan data kedalam CD anda. Penyimpanan data di dalam CD adalah lebih selamat dan dapat memuatkan data yang begitu besar pada setiap CD berbanding dengan disket yang di gunakan sekarang.

PERINGATAN

Jika komputer tersebut tidak mempunyai sistem Hard Disk cuma terdapat dua disk drive sahaja padanya iaitu Disk drive A atau Disk drive B.

Didalam pasaran terdapat dua jenis komputer yang dijual iaitu; 1) Komputer Hard Disk 2) Komputer tidak mempunyai sistem Hard Disk.(Doubel Disk) (tidak di keluarkan lagi)

Walaubagaimanapun oleh kerana perkembangan teknologi komputer semakin cangih kebanyakan komputer sekarang mempunyai sistem Hard Disk dan berkemampuan memproses data dengan cepat dan pantas.

CURSOR/KURSOR

Cursor ialah satu tanda atau tapak yang tertera pada skrin komputer mewakili huruf atau garisan yang bakal di taip. Tulisan akan tertera dimana tempat cursor itu diletakkan atau diarahkan. Terdapat dua keaadaan kedudukkan cursor iaitu:

1 (-) Cursor yang normal/biasa
2 (=) Cursor yang tertera setelah di tekan Insert.

MODEM

Modem ialah suatu alat tambahan yang di perlukan jika sesaorang itu menghendaki komputernya boleh melayari internet terdapat 2 jenis MODEM iaitu MODEM dalaman dam MODEM luaran. Tampa MODEM anda tidak boleh menjalankan komputer anda untuk tujuan tujuan meng Acces internet.

MODEM juga mempunyai kemampuan yang berbeza-beza bergantung kepada kepantasan sesebuah MODEM. Sebelum anda memasukan atau membeli MODEM dapatkanlah nasihat dari peniaga kerana kesalahan memilih MODEM mengakibatkan proses download data atau proses meng Acces internet menjadi begitu sukar dan lambat.
BAGAIMANA MEMILIH KOMPUTER



Selalunya teknologi komputer berubah mengikut peredaran masa. Kemampuan dan keberkesanan sesebuah komputer bergantung kepada kecangihan ciptaannya, bermula dari sistem komputer tidak berhard disk (Double disk) sehinggalah kepada sistem berhard disk. Jika anda ingin membeli komputer pastikan anda membeli sebuah komputer yang mempunyai sistem Hard Disk kerana sistem double disk tidak lagi di gunapakai sekarang dan ianya juga sudah tidak ujud dalam pasaran sekarang. Malah ianya sudah menjadi bahan sejarah.

Anda juga mesti memastikan juga berapa keupayaan komputer anda baik dari segi Kelajuan Procecor keupayaan hardisk menyimpan data kebesaran RAM dan pelbagai kemudahan yang lain yang terkini. Kegagalan anda memilih komputer yang tepat dengan keperluan semasa anda akan menngakibatkan anda munkin tidak berupaya menandingi kepantasan pengeluaran perisian yang berubah setiap waktu.

Dalam era Multimedia ini kebayakan komputer di lengkapi dengan RAM yang tinggi dan Hard Disk yang besar beserta mempunyai beberapa keistimewaan lain seperti mempunya MODEM untuk meng Acces internet CD ROM dan pelbagai accesory tambahan yang menjadikan komputer anda lengkap melengkapi. dan mudah di kendalikan

Semakin tinggi kemampuan sesabuah komputer itu biasanya semakin tinggilah harganya di pasaran. Terdapat dua jenis komputer di pasaran iaitu yang genuine (branded) dan klon. Kedua duanya mempunyai kemampuan yang sama namun komputer genuine adalah lebih tahan dan terjamin buatanya. Untuk keterangan lanjut sebelum anda membeli sesebuah komputer hubungi dan dapatkanlah nasihat dari orang-orang yang pakar tentang sesebuah komputer.

Rujukan:
copy from http://www.freewebs.com/hashimderashid
© 2006 Hakcipta milik Hashim Hj Derashid

No comments:

Post a Comment