Klik Paparan Blog Saya

Sunday, January 31, 2010

Sambungan..


RAM – Random Access Memory @ ingatan capai rawak

- Menyimpan data dan arahan serta keputusan pemprosesan yang akan dilaksanakan secara sementara waktu agar ianya pantas diantara CPU dan sistem pengoperasian
RAM membenarkan pembacaan dan penulisan ke atasnya. Ia bersifat meruap (volatile) iaitu kandungan ingatannya akan terhapus sekiranya tiada arus elektrik
RAM ini berfungsi sbg pemangkin kpd kelajuan sesebuah komputer.
Semakin tinggi RAM yang digunakan, sesebuah komputer itu bertambah stabil n maju.

RAM mempunyai pelbagai saiz antaranya RAM yang mempunyai 30 pin, 72 pin, 168 pin di mana ia juga mempunyai kelajuan antara 60 NS, 70 NS, 100Mhz.
RAM terdiri daripada dua jenis iaitu Statik RAM (SRAM) dan Dynamic Ram (DRAM).
Ukuran muatan bergantung kpd jumlah bait yg boleh disimpan.
Contoh: 8MB, 16MB, 32MB, 64MB, 128MB dan sebagainya.

RAM juga mempunyai pelbagai jenis, antaranya:
RAM (SIMM-Single in-line Module dan DIMM- Dual-in-line Memory module) seperti:
- DRAM (Dynamic RAM)
- SRAM (Static Random-Access Memory)
- EDO RAM (Extended-Data-Out-RAM)
- VRAM (Video RAM)
- Cache RAM
-FPRAM ( Fast Page Mode RAM)
-EDO RAM (Extended Data Output RAM)
-DDR/DDR-SDRAM (Dynamic Data Rate SDRAM)
-SDRAM –RAM (jenis ini mempunyai kelajuan samada 33Mhz,66Mhz, 100Mhz dan 122Mhz

Terdapat juga beberapa versi istimewa dengan kelajuan 150Mhz dan 180Mhz bagi kegunaan khas
RAM jenis ini mula digunakan semasa era Pentium dan berterusan sehingga era Pentium3.
Ini kerana,penghubung maklumat bg sistem yg berasaskan mikroprosesor Pentium hingga Pentium3 beroperasi pd kelajuan 133Mhz.
Begitu jg dengan mikroprosesor dr syarikat-syarikat pesaing seperti AMD,Cyrik,ADT dan lain-lain.

Antara pengeluar-pengeluar utama RAM adalah:

Infineon
Kingston
Corsair
Mushkin
NEC
Kingmax

Terdapat 4 jenis ingatan mikrokomputer dalam RAM.
Jenis –jenis ingatan tersebut biasa digunakan dalam sistem perisian.
Contoh seperti perisian aplikasi (Excel)

Conventional Memory (Ingatan Utama)
Ingatan jenis ini mengandungi RAM 640K. Ingatan ini digunakan untuk DOS dan program aplikasi lain.

Upper Memory (Ingatan Atasan)

Ingatan ini terletak di antara RAM 640K dan IBM.DOS digunakan dalam stor maklumat tentang perkakasan mikrokomputer. Bagaimanapun, ingatan ini sering digunakan bagi program pengaplikasian.

Extended Memory (Ingatan Tambahan)

Ingatan ini telah sedia ada dalam kebanyakan mikropemprosesan.Ingatan ini termasuk dalam ingatan terus yg lebih daripada 1MB. Sesetengah program bleh menggunakan ingatan tambahan ini namun sesetengah tidak

Expanded Memory (Ingatan Kembangan)

Bertujuan membantu Mikropemprosesan yg sudah lama dan tidak boleh memproses ingatan yg lebih daripada 1MB. Ingatan Expanded ini merupakan “kawasan” istimewa bg ingatan yg lebih drpd 32MB yang wujud d luar kawasan DOS 640K. Ini bermakna ingatan ini digunakan secara sementara b ingatan simpanan di kawasan antara 640k serta 1MB dan dihubungkan dengan maklumat drpd “kawasan” istimewa tersebut.

-----------------------> (0_0) <------------------- jie >>

No comments:

Post a Comment