Klik Paparan Blog Saya
Sunday, January 31, 2010
BAGAIMANA UNTUK MEMULAKAN OPERASI SESEBUAH KOMPUTER.
Oleh kerana terdapat 2 jenis komputer iaitu komputer yang mempunyai sistem Hard Disk dan tidak berhad Disk saya terpaksalah menunjukkan bagaimanakah caranya untuk memulakan operasi kedua-dua jenis komputer-komputer tersebut. Walaupun pada hakikatnya komputer tidak berhard disk sudah pupus di pasaran saya akan tunjukan juga cara menjalankanya bagi tujuan membandingkan bertapa teknologi komputer itu sebenarnya memudahkan lagi komputer anda.
KOMPUTER HARD DISK
Apabila anda ON sahaja suis komputer dari jenis ini anda akan dapat lihat terus senarai program yang anda perlukan akan tertera pada destop komputer anda dan anda cuma perlu memilih progam kegemaran anda. Walaubagaimanapun ianya bergantung kepada OS sytem yang anda gunakan samada dari Derect Acces menu atau pengoperasian Window 95 atau Windows 98. Namun untuk era sekarang semua pembekal telah menyediakan OS terbaru pada setiap kali mereka menjual komputer untuk anda. Jadi anda tidak lah perlu risau tentang OS yang anda gunakan kecuali jika anda memang menghendaki sebaliknya.
PENGOPERASIAN MELALUI OS WINDOW95 ATAU WINDOW98
Namun begitu jika anda mengunakan pengoperasian Windows 95 atau 98 komputer anda akan terus ke mukadepan pwngoperasian OS tersebut dan anda cuma perlu memilih program yang di kehendaki samaada yang tersedia di Destop ataupun pada Starup. Pengoperasian dari OS sytem window adalah lebih memudahkan dan senang di layari dan ianya sudah menjadi trend terkini dan di guna pakai oleh semua pemilik komputer kecuali bagi yang memilih OS MACINTOS. Kebanyakanya program yang di sediakan lebih graphic logo-logo tertentu bagi memudahkan di kenali dan di kendalikan walaupun pada waktu pertama kali ianya di gunakan. Anda hanya perlu klik kepada program atau logo yang di kehendaki. dan berkitan dengan arahan-arahan tertentu.
KOMPUTER TIDAK BERHARD DISK (telah tidak di gunakan lagi)
PENGOPERASIAN DARI DOS
(sekadar rujukan)
Untuk memastikan komputer jenis ini beroperasi agak rumit kerana anda terpaksa menjalankan beberapa langkah tertentu mengikut tertibnya yang tersendiri. Langkahnya seperti berikut;
1) On suis komputer
2) Masukan disket DOS dalam A tekan ENTER dan biarkan sehingga
keluar A>: (A prompt)
3) Setelah keluar A>: keluarkan disket DOS dan
4) Masukan disket program pilihan anda ke A (contohnya untuk
program PW)
5) Taipkan PW dan Enter
A>:PW2 Ent
A>:PW2/
6) Taipkan PW sekali lagi dan ENTER
A>:PW2/PW Ent
Insyaallah anda akan masuk ke progaram PW.(Profesional Write) Begitulah juga dengan lain-lain progran tetapi anda harus mencari huruf ringkas untuk progran itu umpamanya PW untuk profesional Write.NEWS untuk News Master dan sebagainya.
PENGOPERASIAN DARI MENU DERECT ACCES
Contoh Imej yang akan keluar setelah anda mehidupkan Suis.
Jika komputer anda mengunakan Menu Derect Acces
-> A) Profesional Write
B) Harvad Graphic
C) Word Perfect 5.1
E) SAS
F) News Master
ENTER
(dan terdapat banyak lagi program yang tersedia mengikut kemampuan komputer anda dan pilihan anda sendiri).
Setelah monitor mempamirkan imej seperti di atas anda cuma perlu;
1) Mengerakkan -> (anak Panah) Kepada program pilihan anda (gunakan kekunci arah) dan tekan ENTER atau:
2) Menaip Huruf yang tertera di depanya samaada A,B,C,D,E,atau F Anda akan terus memasuki program yang anda pilih.
1
PENGOLAHAN FAIL MENGUNAKAN DOS
(pengunaan DOS dalam sistem OS windows)
Walaupun DOS sudah tidak di gunakan lagi namun ianya masih kekal dalam OS WINDOWS kerana keperluanya masih ada terutamanya dalam kerja kerja membetulkan konfigurasi sesabuah komputer. Dibawah ini saya senaraikan beberapa dari kegunaan DOS jika anda masih memerlukanya. Walaubagaimanapun anda boleh mengunakan arahan-arahan ini daklam windows explorer yang lebih memudahkan dan senang di fahami oleh semua pengguna.
Tetapi jika anda memahami DOS anda seolah olah mengetahui apa sebenarnya yang berada di sebalik arahan klik dengan mouse yang berasaskan graphic itu. Memahami DOS akan menjadikan anda lebih memahami dan pakar dari orang yang hanya memahami Windows. Kerana DOS adalah cerita sebenar di belakang tabir setiap arahan klik dengan mouse yang anda buat sekarang.
Selamat mencuba dan belajar.
BAGAIMANA CARA MEMASUKI PROGRAM KOMPUTER MELALUI C:\> PROMPT UNTUK KOMPUTER HARD DISK.
1) ON kan suis (sehinga selesai BOOT)
2) Masuk melalui DOS ikut arahan komputer. (ada gambar graphic DOS)
3) Dapatkan prompt; C:\>
4) Taipkan CD..
C:\>CD..Ent
5) C:\>
Taipkan CD PW (Untuk contoh program PW)
C:\>CD PW2
Ent
6) C:\>PW2/
7) Taipkan PW sekali lagi.
C:\>PW2/PW
Ent
InsyaAllah anda akan masuk ke program pilihan anda. Begitulah juga untuk lain-lain progam tetapi pastikan program itu sememangnya ada dalam komputer Hard Disk anda. Jika jenis program yang anda pilih sememangnya tidak wujud dalam komputer anda, anda tidak akan dapat memasuki kedalam program tersebut kecuali setelah anda memasukan disket program tersebut kedalam disk drive A komputer anda dan menjalankan beberapa prosidiur tertentu untuk mendapatkanya atau memanggilnnya.
BAGAIMANA MEMASUKI PROGRAM LAIN YANG TIDAK TERDAPAT PADA KOMPUTER HARD DISK,
Ada ketikanya sesuatu program yang anda perlukan tidak ada di dalam komputer hard disk anda bagaimanakah untuk anda mendapatkanya ?. Ikuti langkah berikut tetapi pastikan anda terlebih dahulu memiliki disket program yang di perlukan. Contohnya anda tidak mempunyai program News Master didalam komputer hard Disk Anda' Ikuti langkah berikut:
1) Masuk kedalam C:\> (C Prompt)
2) Tukar C:\> prompt kepada A:\> prompt
3) Masukkan Disk program kedalam Drive A (Contoh News Master)
4) Taipkan pada A:\> News
5) Tekan Enter
InsyaAllah anda akan memasuki program tersebut.
Anda juga boleh memasuki lain-lain program dengan cara diatas tetapi anda harus memahami dan tahu apakah huruf ringkas untuk sesuatu program tersebut. Kerana arahan yang tidak tepat kepada komputer anda akan mengakibatkanya gagal berfungsi.
CONTOH HURUF RINGKAS PROGRAM.
1)Profesional Write 6) Harvard Graphic 3
PW HG3
2) News Master 7) Statistik Analisis Sistem
NEWS SAS
3) lotus 123 8) Word Star 4
LOTUS 123 WS 4
4) Print Shop 9) Print Master
PS PM
5) Word Perfect 51 10) Sympony
WP51 Sympony
Dan banyak lagi senarai program yang lain yang terdapat di pasaran. Untuk kemudahan anda bolehlah dirujuk kepada DIR (Directory) komputer anda.
DIR/DIRECTORY
BAGAIMANA UNTUK MELIHAT FAIL DALAM DISKET (DIR)
Sebelum kita mempelajari hal-hal lain mengenai komputer adalah baik kalau kita mempelajari dahulu bagaimanakah pula caranya untuk kita melihat kandungan fail (DIR) samaada dalam Drive A,B,ataupun C. (A dan B sahaja bagi komputer tidak ber Hard Disk)
Katakanlah sebelum anda menaip anda ingin terlebih dahulu melihat jumlah atau nama fail anda.Terdapat dua cara melihat fail iaitu;
1 Melihat secara menegak
2 Melihat secara mendatar atau melingtang.
MELIHAT FAIL SECARA MENEGAK. Untuk melihat fail secara menegak ikuti langkah berikut;
C:\> (C prompt) untuk lihat dalam C terus taip begini,
C:\>DIR tekan ENTER
(nama fail akan keluar secara menegak)
Contoh
LOTUS SIM
PW SUN
WP51 DAR
HASHIM HAR
DLL DSB
MELIHAT FAIL SECARA MELINGTANG ATAU MENDATAR Untuk melihat fail secara melingtang/mendatar anda perlu menambah huruf W selepas DIR.
C:\>DIR/W tekan ENTER (Nama fail akan keluar melingtang atau mendatar)
LOTUS PW WP51 HASHIM DLL
SIM SUN DAR HAR DSB
DISKET
Disket ialah komponen mustahak dalam komputer kerana ia bertugas sebagai penyimpan fail atau data anda. Terdapat berbagai-bagai jenis disket dipasaran iaitu samaada untuk drive kecil atau juga untuk drive besar seperti;
1) Micro floppy disk MF2 DD
2) Micro floppy disk MF2HD
3) Minidisk 2S/2D
dan banyak lagi yang tak dapat saya senaraikan disini dengan berbagai jenama tersendiri. Cuma anda boleh bezakan samaada disket itu Hard disk atau tidak pada tulisan DD untuk biasa dan HD untuk yang hard disk. Disket HD boleh menyimpan data lebih banyak dari disket DD.
PROTECT/PELINDUNG DISKET
Untuk keselamatan disket-disket anda dari dirosakkan oleh anak-anak anda atau atau sebarang ganguan anda bolehlah melindungi disket anda dengan mengunakan kaedah berikut.
1 Tolakkan pengunci disket di belakang disket anda ke bawah.
2 Disket anda tidak boleh di baca dan di save sehinggalah anda
menolak pengunci disket keatas semula.
FORMAT DISKET
Disket-disket komputer yang di beli tidak boleh terus digunakan kerana Sesetengah disket yang di jual dipasaran belum di format lagi,namun ada juga disket yang sudah siap di format (lihat kepada jenisnya). Selalunya disket yang sudah di format ada dicatat pada kotak disket tersebut. Terpulanglah kepada anda untuk memilihnya.
Katakanlah disket yang anda beli belum di format bagaimanakah caranya untuk anda formatkan disket tersebut. Sebelum anda menjalankan kerja-kerja format pastikan dahulu adakah komputer anda mempunyai sistem format,Lihat dalam sistem DOS. Kalau ada anda boleh mulakan dan jika tidak ada anda terpaksalah mencari program format ataupun minta dari kawan untuk formatkan disket anda. Jika tidak disket anda tidak akan beroperasi atau tidak boleh digunakan.
BAGAIMANA FORMAT DISKET?
Untuk Format Disket ikuti Langkah berikut;
1) Masukan ke dalam DOS
2) Dapatkan C:\> prompt
3) Masukan disket baru anda ke Drive A:
4) Taipkan begini;
C:\>format A:
Tekan Enter
5) Format akan bemula dari 0%-100%
6) Kemudian pada skrin akan keluar
Format Complete
More Format (Y/N)
Kalau mahu meneruskan format disket yang lain tekan Y (Yes) Kemudian masukan disket yang baru kedalam drive A dan Enter.
Kalau tidak mahu format disket lagi tekan N (NO)
Anda boleh format seberapa banyak disket yang anda mahu.
PERHATIAN
Disket yang sudah di isikan fail jangan sekali-kali diformatkan semula kerana ianya akan memadam kesemua fail anda AWAS!
SCAN DISKET
Untuk mengawal disket dari di masuki virus disket-disket sebaik baiknya hendaklah di Scan terlebih dahulu sebelum setiap kali penggunaannya.Ini bagi menjamin disket anda atau mungkin sistem hard disk anda tidak diserang Virus yang akan merosakkan semua fail dan program anda. Apabila anda membuat scan anda akan ditunjukkan samaada di dalam disket anda mengandungi virus atau tidak.
BAGAIMANA SCAN DISKET
Untuk scan disket anda misti mempunyai suatu program khas yang boleh menjalankan kerja ini. Norton AntiVirus ialah salah satu program yang di program untuk kerja-kerja Scan membaiki fail dan sebagainya. Jadi pastikan komputer anda mempunyai program-program tersebut. Jika komputer anda mempunyai program Norton Anti Virus Ikuti langkah berikut untuk kerja-kerja Scan disket.
1.Masuk ke program Norton AntiVirus
2 Pilih format Scan
3 Pilih samaada untuk Scan Drive (A. C) atau file
4 Masukkan disket pada A (untuk Scan disket)
Jika untuk Scan C (Hard Disk) bawa penunjuk ke C sahaja
5 Tekan Enter
6 Disket dalam drive telibat akan di Scan perlahan-lahan
Komputer akan menunjukkan samaada virus ditemui atau tidak di dalam disket atau Drive anda. Jika terdapat virus didalamnya dapatkan pakar komputer untuk membuang atau menghapuskanya segera sebelum ia menyerang disket atau Druive anda dengan lebih serius yang memungkinkan kesemua fail dalam disket anda musnah atau kesemua program dalam sistem hard disk anda hilang.
Rujukan:
copy from http://www.freewebs.com/hashimderashid
© 2006 Hakcipta milik Hashim Hj Derashid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment