Klik Paparan Blog Saya
Sunday, January 31, 2010
KOMPUTER HARD DISK
Komputer Hard disk ialah sistem komputer yang sudah dilengkapi dengan OS dan program-program aplikasi tertentu mengikut pilihan anda sendiri. Anda tidak lagi perlu menyuntik OS system pada setiap kali hendak beroperasi (seperti komputer double disk) dan tidak juga perlu lagi mencari disket-disket program tertentu untuk menjalankan komputer anda kerana segalanya sudah tersimpan dan tersedia didalam Hard Disk yang juga dipanggil Disk C. Sebenarnya Hard Disk ini bolehlah di tambah lagi kepada D dan E jika anda memerlukanya. Antara OS sistem yang utama ialah DOS,WINDOWS dan MANCINTOS. Namun begitu dalam era 90an DOS sudah tidak di gunakan lagi dan jika ada pun hanyalah pemankin kepada windows. Sementara OS MACINTOS tidaklah menjadi pilihan utama bagi penguna komputer di Malaysia walaupun ada segelintir dari mereka yang mengunakan OS ini.
KOMPUTER TIDAK BERHARD DISK (sudah tidak di gunakan lagi)
Komputer ini akan hanya beroperasi setelah anda menyuntik DOS di dalamnya dan anda juga misti pula menpunyai beberapa jenis disket progam yang anda perlukan. Walaubagaimanapun perkembangan teknologi komputer sekarang tidak memungkinkan lagi anda dapat menyimpan sesetengah program didalam disket yang mempunyai kemampuan yang terhad. Biasanya ia perlu disimpan di dalam beberapa buah disket yang mengakibatkan komputer anda tidak boleh membaca program tersebut kerana ianya saling berkaitan antara satu dengan yang lain tampa boleh di pisahkan dari satu format kesatu format yang berikutnya.Inilah diantara kelemahan komputer tidak berhard Disk.
Oleh itu anda di nasihatkan supaya memiliki/membeli komputer berhard disk agar anda boleh menjalankan kesemua progam yang anda perlukan dengan cara anda boleh menyimpan terus program tersebut didalam Hard Disk Anda, itupun bergantung kepada kemampuan komputer anda.
PERINGATAN Sesetengah komputer telah di programkan suatu PASWORD tertentu sebagai kawalan untuknya, anda mestilah memasukan pasword ini telebih dahulu bagi memastikannya boleh beroperasi.
DOS
Dos (Disk Operating Sistem) ialah suatu sistem program yang di buat khas untuk menjalankan sistem komputer anda. Ianya di lengkapi dengan berbagai-bagai format untuk kegunaan sesebuah komputer. Sistem Dos sentiasa di perbaharui dari masa kesemasa bergangtung kepada keperluan semasa dan kecanggihan teknologi komputer itu sendiri. Tampa Dos sesebuah komputer tidak dapat berfungsi. Walaubagaimanapun jika anda membeli sebuah komputer Hard Disk ia sudah sememangnya di lengkapi dengan sistem Dos, tetapi untuk sistem komputer tidak berhard disk sistem Dosnya di simpan didalam disket. Suntikan Dos pelulah dibuat terlebih dahulu untuk menjalankan komputer jenis ini. Sistem Dos ini sendiri mempunyai banyak versionnya sendiri mengikut peredaran masa.
Perisian DOS 6.22 adalah yang terakhir sebelum muncul Windows 95 dan di susuli pula oleh Window 98 dan Windows 2000 menjelang alaf baru. Walaubagaimanapun tidak lah banyak perbezaanya antara system pengoperasian windows dan Dos kerana Window lebih mwngutamakan kefahaman dan arahan Visual berbanding DOS. Dan bagi yang pernah mengunakan DOS pengunaan Windows adalah lebih memudahkan kerana ianya di rekacipta untuk kemudahan pengguna berbanding DOS yang lebih mengutamakan arahan secara bertulis.
Dan kebayakan koputer era sekarang mengunakan pengoperasian window dan DOS cumalah menjadi sebahagian daripada bahagian bahagian yang di perlukan ketika beroperasi. Anda masih boleh mengunakan DOS untuk kerja kerja tertentu kerana dia di kesampingkan bersama arahan windows.
WINDOWS
Window merupakan satu OS sistem lanjutan atau pengantian kepada DOS, Kebayakan komputer era terkini mengunnakan OS WINDOWS walaupun kedapatan OS dari MACINTOS kerana kebayakan penguna komputer dunia lebih berminat mengunakan system pengoperasian WINDOWS.
OS windows bermula dengan WINDOW 3.1 kemudian WINDOWS 3.11 dan di susuli oleh WINDOWS 95 dan WINDOWS 98 dan yang terbaru WINDOWS 2000. Walaupun teknologi OS sistem ini berubah agak pantas tetapi selalunya ianya tidak jauh berbeza antara satu dan lain kerana segala tambahan atau perubahan yang di buat sebenarnya untuk memudahkan lagi para pengunanya.
Berbeza dengan OS DOS yang mengutamakan arahan bertaip OS WINDOWS lebih banyak memaparkan arahan berbentuk grafik untuk kemudahan pengguna. Dan segala arahan OS WINDOWS lebih tertumpu kepada keperluan mengunakan tetikus (mouse) Iatu lebih banyak arahan Klik (mause) untuk setiap perisian yang datang bersamanya.
Paparan antara muka untuk OS WINDOWS juga menjadikan anda mudah melayari komputer anda walaupun pada peringkat awal penggunaanya.
Rujukan:
copy from http://www.freewebs.com/hashimderashid
© 2006 Hakcipta milik Hashim Hj Derashid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment