Klik Paparan Blog Saya

Sunday, January 31, 2010

PENGOPERASIAN WINDOWS WINDOWS


Windows merupakan satu program OS system lanjutan atau pengantian kepada DOS, Kebayakan komputer era terkini mengunnakan OS WINDOWS walaupun kedapatan OS dari MACINTOS kerana kebayakan penguna komputer dunia lebih berminat mengunakan system pengoperasian WINDOWS berbanding lain lain OS yang ada.

Perisian DOS 6.22 adalah yang terakhir sebelum muncul Windows 95 dan di susuli pula oleh Window 98 dan Windows 2000 menjelang alaf baru. Walaubagaimanapun tidak lah banyak perbezaanya antara system pengoperasian windows dan Dos kerana Window lebih mwngutamakan kefahaman dan arahan Visual berbanding DOS. Dan bagi yang pernah mengunakan DOS pengunaan Windows adalah lebih memudahkan kerana ianya di rekacipta untuk kemudahan pengguna berbanding DOS yang lebih mengutamakan arahan secara bertulis.

Dan kebayakan koputer era sekarang mengunakan pengoperasian window dan DOS cumalah menjadi sebahagian daripada bahagian bahagian yang di perlukan ketika beroperasi. Anda masih boleh mengunakan DOS untuk kerja kerja tertentu kerana dia di kesampingkan bersama arahan windows.

PENGOPERASIAN WINDOW95 dan WINDOW98

Kebanyakan komputer multimedia sekarang mengunakan pengoperasian Window 95 dan Windows 98. Walaupun sudah terdapat window 2000 tetapi kebanyakan penguna masih mengunakan windows 95/98 kerana ianya sangat mudah di kendali dan sudah menjadi serasi dengan mereka. Sytem pengoperasian window juga lebih di gemari oleh kebayakan pemilik komputer walaupun ada juga pemilik komputer lebih menyenanhgi sytem pengoperasiam MANCINTOS. Kedua dua sytem operasi ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan kebayakan penguna komputer di Malaysia sudah terbiasa dengan system pengoperasian Windows dan sudah sinonim dengan mereka.

Bagi kedua dua system pengoperasian ini anda cuma perlu ON komputer dan menunggu sehingga kesemua system BOOT lengkap dan anda akan terus berada dalam Desktop komputer anda. anda cuma perlu menngunakan Mouse dan klik kepada program pilihan anda samaada yang sudah tertera pada Destop atau pun program yang di lengkapi pada butang STARTUP dibawah kiri desktop anda. Klik pada startup dan pilih lah mana mana program yang di perlukan dan yang telah tersedia di komputer anda. Dengan sekali klik sahaja anda sebenarnya sudah memasuki program tersebut dan bolelah memulakan kerja kerja anda dengan selesa. Walaubagaimanapun jumlah program dan pilihan program yang anda perlukan hendaklah di masukan terlebih dahulu ketika anda membeli komputer anda. Perancangan yang teliti dalam memilih program program yang di perlukan adalah mustahak kerana anda tidak perlu lagi berulang alik kekedai memasukan program terbaru. Namun begitu bagi penguna yang mahir dalam kerja kerja instal program ianya bolehlah di lakukan sendiri di rumah.

Begitu juga ketika anda menamatkan kerja anda anda hendaklah mematikan kesemua program yang anda telah masuk dan gunakan, setelah selesai anda perlu mengambil semula butang STARTUP mengunakan mouse dan pilih SHUT DOWN untuk mematikan komputer anda. Setelah arahan terakhir di beri anda barulah boleh menutup suis utama komputer anda. Dengan cara ini komputer anda akan di tutup dengan selamat dan mengikiut peraturan yang betul tampa menjejaskan fail fail lain dalam komputer anda.

Ingat jika anda terus menutup komputer anda tampa Shut Down lama kelamaan komputer anda kan Hang atau rosak kerana ada di antara fil fail OS systemya akan terpadam atau rosak. Anda terpaksalah Setup semula komputer anda bagi memastikan semuanya akan berjalan lancar sempurna seperti asal.

Kebanyakan pemilik baru komputer mengalami masalah ini kerana kurangnya pengetahuan tentang ilmu perkomputeran. Anda dinasihatkan bertaya sedikit sebayak cara pengunaanya dari penjual komputer yang teribat sebelum anda memulakan operasi sendiri di rumah.
1

PENJAGAAN KOMPUTER

Sesebuah komputer hendaklah di jaga dengan rapi pada peralatan luar ( Hardware) dan peralatan dalaman (Software ) bagi memastikan ianya sentiasa berada didalam keaadaan baik dan boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja di perlukan. Untuk tujuan ini pemeriksaan hendaklah dibuat selalu sekurang-kurangnya 1 tahun sekali (servis)

Tujuan pemeriksaan ialah untuk;

(1) Untuk memanjangkan jangka hayat komputer.
(2) Memastikan komputer sentiasa dalam keadaan baik
(3) Memastikan hard disk komputer anda tidak dimasuki VIRUS

PERALATAN

Peralatan minima yang anda perlukan untuk membuat pemeriksaan-pemeriksaan tersebut ialah

(1) Pencuci disket
(2) Blower/vacum
(3) Scru driver
(4) Alkhohol pencuci/putik kapas
(5) Berus

PENGJAGAAN HARDWARE

Penjagaan Hardware komputer anda sebenarnya sangat mudah dan boleh dilakukan sendiri oleh anda dengan hanya berbekal sedikit peralatan seperti tercatit di atas. Langkah yang perlu diambil ialah periksa kesemua peralatan Hardware komputer anda dan ikuti langkah dibawah.

TINDAKAN

(1) Cuci drive A dan B
(2) Scan hard disk
(3) Blower dalam komputer anda untuk membuang habuk-habuk
(4) Periksa kesemua peralatan komputer anda sekiranya longgar

PENJAGAAN SOFTWARE

PENJAGAAN HARD DISK

Penjagaan dan pemeriksaan Hard disk komputer anda memerlukan sedikit kemahiran dan ketelitian kerana ianya melibatkan penggunaan software yang lain dan perlu dibuat secara berhati-hati agar tidak merosakkan sistem Hard Disk anda. Anda dinasihatkan merujuk kepada orangyang pakar dalam hal-hal berkaitan dengan komputer. Namun begitu dibawah ini diperturunkan sedikit maklumat atau tindakkan yang boleh dibuat untuk servis Hard Disk komputer anda. Itupun bergantung kepada pengetahuan anda.

(1) Scan VIRUS
(2) Buat BACKUP pada fail yang difikirkan perlu
(3) COPY/Program yang mustahak
(4) Gunakan Defrag untuk memeriksa lubang-lubang pada Hard Disk anda
(5) Periksa setiap Bad Track dalam hard disk anda

PERHATIAN

Anda dinasihatkan menggunakan Stabilizer untuk menstabilkan aliran letrit yang masuk kedalam sistem komputer anda supaya tiada ganguan yang mungkin merosakkan Hard Disk Anda. Di dalam Hard Disk anda juga akan sentiasa dipenuhi dengan fail-fail TMP (Fail sementara) dan fail BAK (fail backup) kerana fail-fail ini sentiasa dibuat oleh komputer anda. Untuk mengelak dari terjadinya kesempitan ruang pada muatan Hard Disk anda Cari dan bersihkan hard disk komputer anda dari fail-fail tersebut. Dan guna perentah DELETE untuk membuangnya ataupung gunakan perintah Defrag bagi membersihkanya..

Fail : TMP - Fail sementara - boleh dibuang DEL * TMP/S atau TMP ???.?? Fail : BAK - perlu dibuang untuk membersihkan hard disk - guna DEFRAG/NDD

PEMERIKSAAN LAIN-LAIN PERALATAN

DISK DRIVE Hendaklah dicuci sebaiknya 1 minggu sekali. Gunakan pencuci drive yang terdapat dipasaran. Anda juga boleh menggunakan putik kapas untuk memcuci kepala disk drive anda dengan mengunakan cecair alkohol pencuci kepala radio kaset anda.

PLUG POINT

Gunakan plug point 240 V untuk keselamatan komputer anda Jika keaadaan penhataran karan dirumah anda tidak stabil anda dinasihatkan menggunakan penstabil eletrik (stablilazer)

POWER SUPPLY

Periksa kesemua sambungan plug untuk memastikan komputer bagi memastikan komputer anda sentiasa menerima karen yang sempurna.

BASE UNIT

(a) Mother Baord - kemaskan cip yang longgar dan cuci habuk-habuk mengguna blower pada keseluruhan Cip yang terdapat pada Mother Board
(b) Card & Adaptar - kemaskan Cip-Cip yang longgar
(c) Fan condition - pastikan ianya berfungsi (berputar)
(d) Batery - gunakan beteri yang betul (mesti antara 4-5 v)

DISKET A/B

(1) Gunakan perintah DIR untuk memastikan ianya berfungsi atau tidak
(2) Gunakan perintah DISK COPY untuk menyalin kedisket lain sekiranya disket tersebut rosak
(3) Gunakan SCAN DISK untuk pemerisaan disket
(4) Gunakan NDD untuk membaiki disket yang mungkin rosak
(5) Perintah Format digunakan sebagai jalan terakhir untuk mengetahui samada Disket itu berfungsi
atau tidak . Jika masih tidak berfungsi disket tersebut bolehlah dibuang kerana ianya tidak boleh
digunakan lagi.

KEYBOARD

(1) Periksa kesemua kekunci samada berfungsi atau tidak.
(2) Terbalikkan keyboard anda dan ketuk perlahan-lahan untuk membuang habuk.
(3) Gunakan QAPLUS untuk memeriksa kesemua kekunci keyboard anda.

PRINTER

(1) Simpan manual printer untuk rujukan. Jika setnya tidak betul akan keluar huruf yang tidak
sepatutnya.
(2) Jaga kepala printer Set kedudukan bersesuaian dengan jenis kertas yang digunakan samada nipis atau tebal.
(3) Elakkan printer menggunakan stensel.

PENJAGAAN PRINTER

Printer anda perlu dijaga dan diberi perhatian selalu kerana dengan ketiadaan printer atau keaadaan printer yang tidak berfungsi ianya akan menjadikan kerja-kerja anda tidak dapat dicetak keluar. Adalah tidak sukar bagi melaksanakan penjagaan printer kerana ianya kebanyakan melibatkan penjagaan luaran sahaja. Setiap kali anda ingi servis komputer anda ikuti lamngkah berikut.

(1) Buka dan bersihkan kesemua bahagian dalam printer gunakan blower.
(2) Jika ia berbunyi kuat periksa tin pelapik dan tolakkan supaya lebih
rapat dengan kepala printer.
(3) Pastikan mata printer mempunyai 24 jarum - jika patah gantikan
dengan yang baru.
(4) Bersihkan tempat laluan kepala printer supaya mudah berfungsi.

1

PERLINDUNGAN DATA
Sesebuah komputer sebenarnya sentiasa di ancam oleh serangan Virus-virus komputer samaada yang di biakan melalui disket ataupun internet. Proses perlindunngan data komputer hendaklah selalu dibuat dan di kemaskinikan kerana serangan Virus akan mengakibatkan komputer anda mengalami masalah dan ada ketikanya gagal berfungsi terus. Perisian virus pula sering di cipta saban hari bagi mengangu pengoperasian komputer anda. Dan sebagai cabaranya pula anda hendaklah selalu memastikan komputer anda di lengkapi dengan program antivirus terbaru dan boleh membunuh kesemua virus yang bakal menyerang komputer anda.

Banyak perisian antivirus di keluarkan setiap hari untuk memastikan komputer anda sentiasa selamat dari ancaman Virus virus ini anda sebagai penguna hendaklah sentiasa memperbaharui program program anti virus tersebut. Saya di sini tidaklah bermadsud menulis panduan mengunakan antivirus tersebut kerana setiap antivirus yang di keluarkan akan di sertakan bersama prosedia penggunaanya. Walau bagaimana pun saya akan menunjukkan asa pengunaanya yang munkin tidak bayak berbeza antara satu dan yang lain.

ANTI-VIRUS UNTUK WINDOWS

1.On komputer anda
2.Paparan Windows tertera
3.Klik pada program antivirus yang ada
(smada melaui starup atau destop)

4.Gunakan MOUSE (tetikus)
dwiketik - Program Antivirus
|
5.dwiketik - Anti-virus(pilihn)
(akan keluar menu)


6.Pilih samada ingin scan drive a atau harddisk (c) 7. Komputer anda mula mengimbas virus 8.Jika ada virus komputer akan memeberitahu jenis virus yang di temui 9.Anda bolehlah gunakan arahan KILL virus Segala virus yang ada akan di hapuskan

anda bolehlah memilih samada ingin scan Virus pada disket atau kepada Hard disk anda.

CONTOH-CONTOH PROGRAM ANTIVIRUS.

1. PC lin
2. Norton Antivirus
3. P frot
4. dan banyak lagi pilihan di pasaran ANTIVIRUS DAN VIRUS

Perisian antivirus generasi sekarang amatlah mudah untuk di kendalikan kerana anda hanya perlu mengunakan tetikus untuk masuk dan memberi arahan agar antivirus anda dapat berfungsi mengimbas samada pada Drive a atau harddisk anda. Walaubagaimanapun anda boleh juga meletakan antivirus anda ke BOOT sistemnya dimana ianya terus berfungsi mengimbas virus pada setiap kali anda ON komputer anda.

Virus yang telah di kesan ujud dalam komputer anda bolehlah di buang atau di bunuh terus oleh program antivirus anda. Namun begitu penulisan atau pembbenaan virus baru yang di buat setiap masa memunkinkan antivirus anda tidak dapat mengesan atau membunuh virus tersebut dengan antivirus yang sedia ada jadi anda di nasihatkan sentiasa memperbaharui program antivirus anda sekurang kurang nya pada setiap 6 bulan sekali dan munkin lebih kerap dari itu bergantung kepada kepantasan teknologi membena virus itu sendiri.

Sesetengah virus boleh merebak melalui disket dan ada pula melalui saluran internet. Virus-virus ini berupaya hidup dan merebak dalam hardisk anda dan boleh merosakan keseluruhan sistem komputer anda jika tindakan awal tidak di ambil. Pastikan anda mempunyai program antivirus bagi memastikan komputer anda selamat di gunakan. Harus di ingat serangan virus komputer mengakibatkan semua data- data mustahak anda munkin hilang. Jadi saya syorkan berbelanjalah sedikit untuk antivirus terbaru demi keselamatan data dan komputer anda. Anda juga boleh Download secara percuma program antivirus dari internet. Dapatkan nasihat yang pakar untuk tujuan ini.

ANTI-VIRUS UNTUK DOS (AUTOMATIK)

Anda juga boleh mengimbas virus komputer anda melalui DOS kerana masih kedapatan antivirus yang berkehendakan aplikasi DOS menjalankanya. Disini sya perturunkan cara mengimbas virus melalui DOS. Selamat mencuba

Untuk menyembunyi dan mengesan virus pada cakera kekal (hard disk) atau pemacu (drive) secara Automatik apabila anda memulakan operasi komputer.

Caranya : masukkan VSAFE.COM pada AUTOEXEC.BAT

Berikan perintah C:\DOS 6\VSAFE.COM

Program VSAFE.COM yang ditempatkan pada AUTOEXEC.BaT masih belum menjamin keselamatan program dan data dalam cakera liut atau cakera kekal dari virus. Jadi untuk mengimbas (scaning) dan menghapus virus gunakan

MSAV. (MICROSOFT ANTI VIRUS)(terpulang kepada jenis antivirus yng di gunakan)

Taipkan C:> MSAV (akan keluar menu)
pilih scan
A -
B -
C -
untuk buang clean


CARA MENGIMBAS VIRUS MELALUI DOS (MANUAL)

1. Klik pada MS DOS
2. Dapatkan C :> pront
3. Taipkan jenis antivirus pada C pront
4. Taipkan arahan ke drive a tau C
5. komputer akan mula mengimbas virus
6. Jika ada virus komputer akan memberitahu
7. Ikuti langkah untuk membuang virus
(bergantung kepada jenis antivirus yang di gunakan)
8. Segala virus akan di buang
9. Taip EXIT untuk ke destop semula

Rujukan:
copy from http://www.freewebs.com/hashimderashid
© 2006 Hakcipta milik Hashim Hj Derashid

No comments:

Post a Comment