Klik Paparan Blog Saya

Sunday, January 31, 2010

Sistem Komputer Internet Networking Aplikasi & DOS



PENGENALAN KEPADA KOMPUTER


Sebelum anda mempelajari program-program aplikasi atau perisian sesebuah komputer pengetahuan asas mengenai komputer adalah di perlukan bagi memastikan anda tidak mengalami masalah ketika mengendalikannya. Saya akan cuba menulis seringkas mungkin mengenai asas-asas sesebuah komputer. Di dalam era komputer multi media tugas sesuatu komputer itu di pelbagaikan dan ia menjadi begitu luas pengunaanya kerana ianya bukan sahaja bertindak sebagai sebuah mesin menaip malah ianya menjadi alat penghibur dan penhubung anda dengan dunia luar bagi yang mehendaki ianya berfungsi sebegitu. Dengan sesebuah komputer anda merasakan anda terlalu dekat dengan rakan-rakan anda walaupun pada hakikatnya anda di pisahkan oleh 7 lautan. Inilah yang selalu dikatakan dunia tampa sempadan.

Teknologi komputer sebenarnya berkembang begitu pantas dan ianya sentiasa di perbahurui setiap hari oleh gergasi-gergasi pengeluar komputer. Dari sebuah mesin yang sebesar-besarnya aia kini semakin di kecilkan sehinga kepada cuma sebuah mesin di telapak tangan anda.Dan munkin satu ketika nanti ianya akan di kecilkan lebih dari yang telah ujud sekatrang. Teknologi komputer juga menjadikan segala maklumat dan ilmu hanya berada di hujung jari anda.

Walaubagaimanapun kecagihan komputer tidak lah bermakna tampa perisian aplikasi yang turut juga berlari seiring dengan teknologi sesebuah komputer. Aplikasi sesebuah sebenarnya merupakan nyawa kepada teknologi komputer itu sendiri tampa aplikasi yang baik teknologi komputer tidak akan berkembang dengan baik dan pantas. Kesimpulanya ialah teknologi pembuatan komputer mistilah seiring dengan teknologi pengeluaran aplikasi atau perisianya.

Kompenen utama komputer

Sesebuah komputer mesti mempunyai 5 komponen utama bagi melengkapkan sistemnya agar ianya dapat berfungsi dan dapat menjami keberkesanan penggunaanya. Walaubagaimanapun penggunaan Mouse adalah lebih kepada asesori pilihan kepada anda kerana tampanya komputer anda tetap akan berfungsi. dan pengunaan printer pula lebih kepada penyediaan terakhir anda dalam penggunaan sesebuah komputer kerana ianya hanya bertindak sebagi alat pencetak sahaja. Lima kopenen utama komputer ialah;

(a) Monitor (paparan)
(b) CPU (system unit)
(c) Key board
(d) Printer
(f) mouse

Sistem unit (CPU)

CPU atau (Central Procecing Unit) adalah salah satu kopenen mustahak bagi sesebuah komputer anda. Di dalam Sistem unit atau CPU sesebuah komputer itu sendiri terdapat 5 lagi kopenen utama yang menjadi nadi kepada sesebuah komputer kecacatan atau kerosakkan kepada salah satu sistem itu mengakibatkan komputer anda tidak akan berfungsi.100 % . Rangkaian sistem utama dalam sistem unit ialah.

(I) Microproeasor - (brain)
(ii) Ingatan (memory) RAM
(iii) Input/output/I/Q
(v) Storan (disk storage)
(iv) Program

Penjelasan

Mikroprosesor

Mikroprosesor merupakan Brain atau otak kepada sesebuah komputer tampanya komputer tidak dapat befungsi segala arahan akan dihantar untuk diproses di dalam mikroprosesor yang kemudianya akan di[papar pada skrin komputer anda. Kepantasan sesebuah komputer melakukan proses bergantung kepada jenis cip microprosesornya.

Misalnya sesebuah komputer peribadi yang mempunyai cip miroprosesor 804386 biasanya mempunyai 4MB RAM dan bagi komputer yang mempunyai cip miroprocecor 8036 ianya mempunyai 2MB RAM. Namun begitu nilai RAM boleh ditambah jika dikehendaki oleh pengguna.

Miroprosesor bertugas sebagai

(1) Melaksanakan arahan komputer
(2) Melaksanakan arahan-arahan asas:
(a) tambah tolak
(b) dharab/bahagi
(c) operasi logik/operasi pembandingan

Ingatan (Memory/RAM)

Ingatan atau Memory yang lebih dikenali sebagai RAM (Random Acces Memory) merupakan tempat simpanan sementara sesuatu data dalam sistem komputer anda sebelum dipindahkan secara kekal kepada Cekera liat atau cekera liut anda. Walaubagaimana pun terdapat dua jenis ingatan utama iatu RAM dan ROM (penjelasan sila lihat pada tajuk RAM dan ROM)

Input/output

Input dan Output (I/O) merupakan saluran di mana ianya membolehkan data masuk kedalam sistem komputer anda dan data boleh di keluarkan melalui sistem komputer anda ,rinkasnya adalah seperti dibawah;

Input

Arahan atau data yang diberikan kepada komputer untuk di laksanakan. Komputer tidak dapat melaksanakan sesuatu tugasan dengan baik sekiranya terdapat kekurangan pada arahan atau data tersebut.Alat alat Input adalah seperti

I) Keyboard
ii) Mouse
iii) Paddle
v) Joystick
vi) digitiser
iV) Trackball

Output

Output ialah keputusan pemprosesan yang dihasilkan oleh komputer anda. Ianya boleh dilihat pada skrin komputer anda atau dicetak terus pada ketas cetak. alat-alat autput adalah seperti.

I) VDU (Vidsual Display Unit)
ii) Mesin pencetak
iii) Plotter

Storan (disk storage)

Storan atau disk storage merupakan tempat penyimpan maklumat atau data-data dengan banyak . Ianya mudah di panggil semula pada bila-bila masa diperlukan . Media storan diperlukan memandangkan simpana data didalam RAM adalah bersifat sementara. Media storan ialah seperti

I) Hard Disk
ii) Magnetic floppy disket
iii) Magnetic tape
v) Laser disket

Program

Program merupakan Sotware atau arahan komputer anda yang lebih dikenali sebagai program Aplikasi merupakan kopenen mustahak dalan menentukan pengoperasian sesebuah komputer . Tampa program aplikasi komputer anda tidak bemakna dan dapat berfungsi . Di antara proram-program aplikasi yang popoler seperti. Wordperfect, Profesional write. Woard Star Window dan beribu-ribu lagi yang berada dipasaran. Anda bolehlan memilih program aplikasi ini mengikut keperluan anda.

PELBAGAI JENIS RAM

RAM.... Sebenarnya jika diikutkan... penambahan RAM tidak lah sukar sepertimana yang kita dengar dari pembekal-pembekal mau pun dari kedai-kedai komputer. Ada beberapa jenis RAM dipasaran ke tika ini. Diantaranya adalah SIMM RAM 30 Pins, SIMM RAM 72 pins, SIMM RAM 72 pins Parity, EDO RAM 72 pins, SDRAM 12ns, SDRAM 10ns SDRAM 100Mhz, SDRAM PC 133Mhz.

· RAM Simm 30 Pins. RAM ini ada dibekal dalam dua jenis. 1 x 1MB dan 1 x 4MB setiap satu keping. Jenis ini hanya digunakan oleh Komputer jenis 286, 386 dan 486 DX2 66Mhz sahaja. Ketika ini agak sukar untuk mendapatkan RAM-RAM dari jenis ini.

· RAM Simm 72 Pins. RAM jenis masih boleh didapati lagi di pasaran cuma kesesuaiannya sahaja yang susah nak dapat. Kadangkala RAM ini tidak susuai dengan Papan Induk (M/Board) Siri 486. Dengan itu pembelian terhadap RAM ini hendaklah dilaku dengan bijak. Sebaik-baiknya bawa komputer ini ke Pembekal Berhampiran.

· RAM EDO 72 Pins. RAM jenis ini kebanyakan digunakan oleh Papan Induk Pentium Siri (Socket 7). Kebanyakkannya bersesuaian. Pengguna 486 DX2-66 dan ke bawah, tak payah nak cuba memang tak boleh punya. Kalau 486 DX4-100 boleh ler cuba tengok, bergantung pada jenis Papan Induk. Ni kira nasib ler.

· SDRAM 12ns, SDRAM 10ns, SDRAM 100Mhz dan SDRAM 133Mhz . RAM-RAM ini kebanyakkan digunakan oleh Papan Induk dari jenis Pentium II atau Celeron. Cuma perbezaan pada kelajuan sahaja. Pentium siri pun boleh menggunakkannya sekiranya terdapat ruang RAM jenis ini.

* RDRAM RDRAM ni sekejab je keluar di Pasaran. Alat ini keluar apabila Mainboard Socket 423 keluar. Mainboard Socket ini digunakan oleh Pentium 4 1.4Mhz dan Pentium 4 1.5Mhz. RDRAM ni Mahal harganya.. kalau setakat mahal boleh beli tak apa ni tadak dah di pasaran. So pada Mainboard yang telah rosak maka terpaksalah ko orang berhijrah ke Mainboard baru, Processor baru, SDRAM baru.
* DDRAM. Jenis ini sedang menguasi pasaran. Harganya sekarang sekejab naik sekejab turun. Semua Mainboarc guna DDRAM ni so senanglah nak dapatkannya.

Display Card atau pun Graphic Card... Tugas alat ini adalah untuk memberikan mutu gambar terhadap graphic yang tertera di kaca monitor anda. Graphic Card ini terdiri dari pelbagai jenis diantaranya adalah seperti berikut:

· CGA Display Card..... Jenis ini dah kirer buang laut. Jenis ini kebanyakkan digunakan oleh XT Komputer.

· ISA 16bit VGA Card. Jenis masih digunakan oleh banyak pengguna yang menggunakan CPU 386 ke 486.

· ISA 32bit Local Bus 1MB. Jenis ini susah nak dapat sikit. Tapi masih tetap digunakan oleh Komputer jenis 486DX2-66.

· PCI Display Card 1MB, 2MB dan 4MB. Ada banyak jenis ini masih berada di pasaran. Jenis ini biasanya boleh mengeluarkan ketepatan pixel dari 16 color, 256 color 16M color dan 24M color. Ada diantaranya memerlukan Driver dan ada diantaranya PnP.

· AGP Display Card. Display card jenis ini digunakan oleh M/Board Pentium II. Hanya PII sahaja menggunakan Display Card ini. Hanya Papan Induk yang tersedia dengan AGP display sahaja yang tidak disediakan AGP Slot.

Rujukan:
copy from http://www.freewebs.com/hashimderashid
© 2006 Hakcipta milik Hashim Hj Derashid

No comments:

Post a Comment